Dendam Khairy kepada Zahid belum habis -Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dendam Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa belum tamat sehinggakan bekas Menteri Kesihatan itu kini rancak mempromosikan naratif asalkan bukan Umno.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi mendakwa kenyataan Khairy yang mencadangkan sudah tiba masanya untuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Umno-BN memandangkan beliau sudah mempunyai majoriti mudah dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) jelas menampakkan rasa benci dan marah yang memuncak kepada Zahid, Datuk Seri Najib Razak dan juga Umno.

“Khairy berterusan menampakkan rasa benci dan marah yang memuncak kepada Zahid, Najib dan Umno.

“Terbaru, Khairy dan Shahril Hamdan (kedua duanya dipecat dari UMNO) dalam rakaman podcast keluar sekejap membangkitkan soalan soalan provokatif yang mereka sendiri jawab. Tetapi soalan provokatif itu sebenarnya diyakini suara hati nurani mereka berdua yang mahu perkara itu berlaku.

“Mereka macam suka jika Anwar tendang BN keluar dari Kerajaan Perpaduan. Ikut Khairy, tanpa BN Anwar masih Perdana Menteri ke-10 kerana sokongan GPS dan GRS. Anwar masih ada 118 kerusi majoriti mudah,” kata Puad di Facebooknya semalam

Menurut Speaker DUN Johor itu, Khairy umpama menasihati Anwar, tidak apa jadi Perdama Menteri kerajaan majoriti lemah.

“Adakah itu pandangan ke depan Khairy untuk memastikan wujud kerajaan yang lebih stabil. Khairy macam suka kerajaan bertukar tangan lagi.

“Agaknya dia mencari jalan pintas untuk politiknya,” dakwa Puad lagi.

ADUN Rengit itu menambah, tetapi apa yang mahu dihairankan dengan Khairy.

“Dia bercakap soal “kos politik”. Apakah kos kerajaan majoriti lemah lebih baik? Apakah kerajaan majoriti lemah tidak terdedah dengan ugutan?

“Dia menganggap Anwar jadi tebusan Zahid. Dia mengandaikan Anwar berkata “enough is enough. Saya tidak mahu jadi tebusan Wak Zahid. Saya cukup tanpa UMNO. Segalanya terpaksa dihalalkan”. Apa yang dihalakan? Apakah pengampunan diraja haram? Apakah lantikan politik GLC pun haram? Umno tidak buat perjanjian bertulis isu pengampunan untuk tubuh kerajaan.

“Bercakap soal halal, kenapa Khairy bersekongkol menghalakan penggantungan Parlimen dan kerajaan darurat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Negara lain tidak buat masa COVID-19. Tidak mendesak pun,” katanya.

Khairy dakwa soalannya, soalan budak nakal. Dia bukan nakal. Dendamnya belum habis, dakwa Puad.

“Dia gagal kalahkan Zahid. Dia gagal jadi Presiden. Dia terlepas peluang jadi Perdana Menteri umur 40 tahun.

“Kini naratif Khairy ialah asalkan bukan Umno,” dakwanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat