Polis Buru Lima Penyokong PH Kerana Tahan dan Selongkar Kereta Peronda

SEREMBAN – Polis sedang memburu lima lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) yang bertindak menahan dan memeriksa kereta peronda (MPV) polis di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Rembau semalam.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, polis telah mengenal pasti lima lelaki terbabit berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial serta laporan yang dibuat oleh anggota polis terlibat.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang semasa dua anggota polis masing-masing berpangkat sarjan dan koperal melakukan tugas membantu kawalan lalu lintas dan mahu mengiringi kertas undi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

“Semasa berada di tempat kejadian kenderaan MPV polis dinaiki mereka didatangi oleh lima lelaki yang meminta supaya membuka but kerana disyaki membawa kertas lebihan undi.

“Anggota polis terlibat bersetuju untuk membuka bonet kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kekecohan dan dalam keadaan terpaksa telah membuka bonet bagi memuaskan hati mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, kelima-lima lelaki itu kemudian mendapati tiada sebarang kertas lebihan undi dalam bonet MPV polis tersebut dan memohon maaf kepada anggota polis terlibat.

Menurutnya, beliau berasa kesal dengan insiden berkenaan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Pihak polis bukan sengaja tidak bertindak keatas mereka ketika kejadian, tetapi kami tidak mahu keadaan menjadi kecoh kerana ketika itu mereka ramai,” katanya. – Kosmo

2 thoughts on “Polis Buru Lima Penyokong PH Kerana Tahan dan Selongkar Kereta Peronda

  • April 14, 2019 at 2:54 pm
    Permalink

    Kurang ajar tahan kereta polis? Polis tk perlu layan patutnya? Tembak jer kalau ganggu? Buru tangkap dakwa penjara seumur hidup bagi tauladan pd yg lain??
    Denda rm 50.000 denda penjara…tk pernah dibuat orang kurang ajar???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.