Lebih 200 Laporan Diterima, Polis Giat Kesan Pemilik FB Hina Agong – KPN

POLIS menerima 209 laporan berhubung kenyataan jelik yang dibuat pemilik akaun Facebook (FB) ‘Sabah Sarawak Merdeka’ terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, akaun FB berkenaan sudah disekat dan tidak lagi boleh diakses.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi tangkap layar jelik yang dibuat pemilik akaun berkenaan melalui apa jua rangkaian.

“Posting berkenaan berupaya menimbulkan provokasi keterlaluan dan boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, usaha untuk mengenalpasti dan mengesan pemilik akaun berkenaan sedang dipertingkatkan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 iaitu kesalahan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

“Jika disabitkan kesalahan, individu itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial atau mana-mana rangkaian komunikasi untuk membuat sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat,” katanya. – Hmetro

3 thoughts on “Lebih 200 Laporan Diterima, Polis Giat Kesan Pemilik FB Hina Agong – KPN

  • April 14, 2019 at 4:22 pm
    Permalink

    Mana hero2 selama ni kalau kerajaan buat hujah , salah cakap..ramai lompat marah report polis lah.apa lah..mcm2 spesis muncul ?? Ni Agong kita di hina mana korang pergi ha?? Diam senyap je napa ya..? Kgn hidup ibarat lalang layu lah… tk kemana nya pun..status yg ada tu!!

    Reply
  • April 14, 2019 at 5:55 pm
    Permalink

    Siasat tangkap dakwa hukum denda seberat2nya da melampau menjadi2 hina caci SPYDPA …ini tidak dibenarkan ayuh pdrm tangkap pelaku ini..!!

    Reply
  • April 14, 2019 at 5:56 pm
    Permalink

    Tidak lagi bolih beri muka..kurang ajar lucut warganegara??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.