Video : Jutawan Muda PKR Direman 4 Hari

PUTRAJAYA – Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Abd Rahman di Mahkamah Majistret di sini, lapor BH.

https://youtu.be/TH8znUksl_g

Suspek yang bergelar Datuk itu tiba di mahkamah pada jam 9.20 pagi tadi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bergari, diiringi beberapa pegawai SPRM.

Suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di sini, semalam selepas hadir memberi keterangan berhubung dakwaan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Azam Baki, dilaporkan berkata, suspek disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 10 Februari lalu, SPRM merakam keterangan suspek berkenaan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa dimilikinya termasuk banglo dan beberapa kereta mewah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!