Video: AS Letupkan ‘Ibu Segala Bom’ Ke Atas Militan IS Di Afghanistan

KABUL – Amerika Syarikat (AS) melancarkan bom bukan nuklear terbesar, GBU-43, juga dikenali sebagai ‘ibu segala bom’ di Achin, wilayah Nangarhar di timur Afghanistan, semalam.

Bom seberat 9,979 kilogram itu dilancarkan pukul 7.32 malam waktu tempatan dengan menyasarkan terowong-terowong yang menjadi tempat persembunyian kumpulan pengganas Daesh (militan IS).

Pentagon mengesahkan perkara tersebut manakala pasukan tentera AS mendakwa, ini merupakan kali pertama mereka melancarkan bom berkenaan dalam peperangan.

Kesan letupan bom berkenaan boleh menjangkau sejauh 300 meter. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.