SPR Umum PRN Sarawak 7 Mei, Penamaan Calon 25 April

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari pengundian Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 akan berlangsung pada 7 Mei 2016.

 

Manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 25 April ini dengan tempoh berkempen selama 12 hari.

 

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah selepas selesai mengadakan mesyuarat khas SPR di Kuching hari ini.

 

Beliau turut mengumumkan pengudian awal akan diadakan pada 3 Mei.

 

Pilihan raya ini akan menggunakan daftar pemilih induk 2015 yang telah dikemas kini pada 10 April 2016 yang merekodkan sejumlah 1,138,650 pemilih layak untuk mengundi. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.