Nabil Tolak Tawaran Filem Elak Bersentuhan

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad, mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran filem kerana ingin menjaga batasan dan enggan bersentuhan dengan wanita.

 

Nabil, 33, berkata, perkara itu merupakan cabaran yang perlu dilalui selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji pada September tahun lalu.

 

“Saya banyak tolak tawaran berlakon drama dan filem kerana masa yang tidak sesuai dengan komitmen sebagai pengacara beberapa program.

 

“Selain itu, saya mahu menjaga batas antara lelaki dengan wanita bukan mahram, kalau berlakon susah nak elak terutama jika ada adegan bersentuhan,” ujarnya memetik laporan Mstar.

 

Nabil berkata itu bukan bermakna dia berlagak alim tetapi cuba memperbaiki diri menjadi insan lebih baik.

 

“Saya tidaklah berubah secara drastik, saya lebih suka orang selesa dengan saya dengan cara begini seperti Nabil yang dulu.

 

“Biarlah orang tidak nampak perubahan saya,” ujarnya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.