MB Kelantan Selamat Jalani Pembedahan Di Kepala

KOTA BAHRU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob selamat menjalani pembedahan kecil akibat pendarahan di bahagian kiri kepalanya, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, hari ini.

 

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata menteri besar itu kini  sedang berehat di bawah pemantauan doktor pakar.

 

“Doakan beliau (Ahmad) cepat sembuh untuk kembali bersama rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

Mengenai punca berlaku pendarahan tersebut, beliau berkata menteri besar itu hanya menyedari berlaku pendarahan berkenaan beberapa hari lalu.

 

Ahmad dimasukkan ke HUSM pada pukul 11.30 pagi semalam. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.