Konsert 35 Tahun Search Di Litar Sepang

Lagenda rock Malaysia, Kumpulan Search dan penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd bersetuju menganjurkan konsert mereka di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 30 Ogos depan.

 

Pemilihan lokasi tersebut sesuai untuk meraikan ulangtahun ke-35 kumpulan itu sekali gus ia diraikan pada malam ambang kemerdekaan negara yang ke-59.

 

“SIC mempunyai fasiliti yang lengkap dan bagus. Search dan pihak Afjets mengambil berat akan keselesaan dan kemudahan peminat yang akan menyaksikan ‘double celebration’ ini kelak,” kata Amy selaku vokalis Search memetik laporan BH.

 

Sehubungan itu, Search satu-satunya kumpulan rock tempatan pertama yang mengadakan konsert di SIC.

 

Maklumat tiket boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my. dan sebarang perkembangan #Search35 di www.afjets-search.com atau menerusi Facebook Fenomena Search serta Amy Search.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.