Foto Mulut Nganga Diubah, Mira Filzah Nafi Beraksi Lucah

KUALA LUMPUR ― Pelakon baru meningkat naik Mira Filzah menafikan beliau berkelakuan lucah seperti dalam gambar yang tersebar di Internet baru-baru ini.

 

Sebaliknya, menurut pelakon drama Cinta Si Wedding Planner itu, gambar itu diubahsuai pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

“Rasanya, rata-rata pun sudah tahu gambar di atas (iaitu gambar sebenar) yang telah diedit tersebar. Dan tidak perlulah Mira tunjuk atau muat naik di sini gambar yang telah diedit.

 

“Cukuplah Mira tampil di sini, hendak beritahu, hendak tunjuk, ini adalah gambar yang sebenar.

 

“Penjelasan lebih lanjut? Ada di (program TV3) Melodi nanti,” katanya, memberi penjelasan melalui akaun Instagramnya pagi tadi.

 

Mira Filzah, 22, dalam statusnya memuat naik gambar dirinya sedang menggigit sepotong kek coklat sempena majlis hari jadinya bersama peminat baru-baru ini.

 

Ia berbeza dengan gambar kek itu yang ditukar, menunjukkan pelakon itu yang semakin mendapat perhatian peminat sedang beraksi lucah.

 

Tidak tahu dalang yang melakukan kerja tersebut, Mira Filzah bagaimanapun enggan mengambil sebarang tindakan lanjut.

 

“Cuma sekarang ini bagi Mira, perkara-perkara macam ini Allah sahaja yang membalas.

 

“Mira pun tidak tahu siapakah di sebalik dalang perbuatan ini, tapi Allah tahu. Bukan tugas Mira untuk menghukum,” katanya pada coretan yang kini mendapat lebih 11,000 ‘like’.

 

Kebanyakan peminatnya di Instagram menyokong, namun mereka juga menasihatinya supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.