Penjaga Gol JDT II Didakwa Aibkan Polis

GEORGETOWN – Penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT II), Mohd Anis Faron Ahmad, 33, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengaibkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini, 3 April lalu.

 

Mohd Anis membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi.

 

Mengikut pertuduhan, Mohd Anis didakwa dengan maksud hendak mengaibkan pasukan PDRM menyebut perkataan ‘FRU Babi’ dan ‘Polis anjing’ dengan maksud supaya perkataan itu didengari oleh anggota PDRM yang bertugas.

 

Mohd Anis dituduh melakukan kesalahan itu pada 10.50 malam, 3 April lalu.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan tertuduh diwakili Andy Ooi. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.