Laporan PM Jumpa Tun Mahathir, Palsu

Kuala Lumpur – Laporan mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengadakan perjumpaan bersama Tun Dr Mahathir adalah palsu.

 

Menurut pegawai di pejabat Perdana Menteri yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, laporan berita yang disebarkan itu adalah tidak benar.

 

“Tiada sebarang perjumpaan yang diadakan bersama Tun Dr Mahathir” ujar pegawai tersebut ringkas kepada SuaraTV petang tadi.

 

Terdahulu bebrpa laporan perjumpaan tersebut disebarkan oleh pengguna aplikasi Whatsapp.

 

“PM, Datuk Seri Najib petang tadi telah mengadakan satu pertemuan empat mata dengan mantan PM,Tun Dr Mahathir di Putrajaya.

 

“Menurut sumber pejabat Tun Dr Mahathir, pertemuan yang hampir dua jam itu menunjukan tanda-tanda positif bahawa permasalahan yang timbul antara dua pemimpin itu akan selesai.

 

“Datuk Seri Najib secara dasarnya telah bersetuju dengan cadangan-cadangan Tun Dr Mahathir termasuk pemansuhan BR1M dan pembinaan Jambatan Bengkok. Kemungkinan besar pembinaan Lebuhraya Pan Borneo akan ditangguhkan bagi membolehkan peruntukan kewangan digunakan untuk pembinaan Jambatan Bengkok. Bagaimanapun Datuk Seri Najib berkata, ianya akan diputuskan dalam kabinet.” ujar pesanan tersebut.

 

Mereka yang tidak bertanggung jawab itu turut menyebarkan gambar Najib bersama Tun Mahathir untuk menyokong laporan tersebut.

 

Semakan yang dibuat SuaraTV mendapati, gambar tersebut telah diambil sekitar tahun 2010.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.