Bapa Sebak Ketika Bicara Kes Militan

Seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia berpangkat leftenan kolonel mengalirkan air matanya sewaktu mengimbau kembali percakapan anak lelakinya yang dituduh terlibat dalam kumpulan militan di Beirut, Lebanon, tiga tahun lalu.

 

Mohd Ariff Abdullah, 65, memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dalam perbicaraan Muhammad Hilmi Hasim dan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat kerana terlibat dengan keganasan.

 

Mereka ditahan bawah Sosma dan dituduh menjadi ahli Tanzim Al-Qaedah Malaysia yang mempunyai niat untuk merekrut ahli untuk menyerang orang awam di Syria.

 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria menyoal Ariff tentang perkara yang diberitahu oleh anak lelakinya, Razif, sewaktu pertemuan mereka di penjara Roumieh di Beirut tiga tahun lalu.

 

Mengambil masa untuk membetulkan kedudukannya di kandang saksi, Ariff berkata Razif memberitahunya, “ayah, kami tak buat salah apa-apa.”

 

Semalam saksi lain, Sabrina Begum Mohd Sahafi, memberi keterangan bahawa Razif membeli dua tiket daripadanya ke Istanbul, Turki pada 29 September 2012 untuk berlepas pada 3 Oktober.

 

Razif, 34, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, kini 25, telah membayar sebanyak RM7,040 untuk tiket pergi balik ke Istanbul.

 

Ariff memberitahu bahawa selepas dia sedar anak lelakinya hilang daripada rumah, dia memeriksa bilik Razif dan menjumpai resit pembelian tiket tersebut yang dikeluarkan oleh Sabrina.

 

Dia menjelaskan sepanjang soal jawab daripada Hanafiah, bahawa beliau telah bertanya Sabrina ke mana destinasi penerbangan itu.

 

Dan kemudian selepas itu, dia sedar anak lelakinya pergi ke Istanbul beberapa hari sebelum itu.

 

Arif berkata, beliau pada 26 Oktober menerima panggilan daripada kakitangan Wisma Putra memaklumkannya bahawa anak lelakinya dan Razin ditahan di Lebonan kerana menjadi ahli kumpulan terancang bersenjata.

 

“Kemudian saya menelefon Duta Malaysia ke Lebanon, Ilango Karuppanan, yang menggesa saya ke Lebanon untuk melantik peguam bagi pihak anak lelakinya.

 

“Saya menempah tiket kapal terbang ada 27 Oktober dan tiba di sana keesokan harinya.

 

“Pada 29 Oktober, saya pergi mahkamah di mana hakim membenarkan saya menemui anak saya selama lima minit.

 

“Sepanjang tempoh itu Razif memberitahu kepada saya, ‘Ayah kami salah apa-apa’,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.