Akaun Palsu Dakwa Pemuda Umno Julang ‘Patung KFC’

Kuala Lumpur – Ekoran serangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihina dan dijadikan bahan lawak jenaka di laman sosial.

 

Terbaru, Perdana Menteri disamakan dengan patung KFC – berambut putih dan berkaca mata-persis Colonel Sanders yang menjadi logo rasmi pada KFC.

 

Pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan akaun Facebook Friends of BN untuk menjatuhkan maruah Najib.

 

Bagaimanapun, status yang menhina Perdana Menteri itu disahkan palsu oleh pengendali laman Facebook, Friends of BN.

 

“Wahai saudaraku, ingatlah fitnah itu dosa. Janganlah sebarkan bahan fitnah ciptaan penyokong Pakatan ini. Amalah fitnah biarlah dijauhi, elakkan diri daripada dosa,” tulis pengendali rasmi akaun Friends of BN.

 

Ia juga telah disahkan oleh salah seorang Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sebagai akaun palsu.

 

Pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan memanipulasikan gambar Najib dijulang oleh Pemuda UMNO selepas pertemuan secara tertutup pada Isnin.

 

“”Patung KFC ini mempunyai maintenance yang tinggi, ianya diperbuat dari Pekan, Pahang dan satu-satunya artifak yang lama terpelihara,”, antara tulisan di akaun palsu itu.

 

Ramai yang menganggap perbuatan itu melampau kerana menjatuhkan maruah dan menghina pemimpin nombor satu negara.

 

“Kalau tak suka pun, janganlah sampai menghina macam ni. Hormat dia Perdana Menteri Malaysia,” tulis seorang pengguna Facebook, Ahmad Firdaus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.