Lelaki Buat Laporan Polis, Dakwa Tidur Terganggu Kerana Azan

Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) dilaporkan akan menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa seorang lelaki membuat laporan polis kerana tidurnya terganggu akibat laungan azan Subuh dan bacaan doa yang kuat.

Laporan Berita Harian menyebut, penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut mengesahkan bahawa JAJ menerima aduan lelaki tersebut dan kadi diarahkan untuk menyiasat perkara itu.

“Memang kita ada terima laporan. Bagaimanapun kita bersangka baik dan menunggu hasil laporan daripada JAJ untuk tindakan lanjut,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu lagi, lelaki berusia 56 tahun itu mendakwa bunyi dari pembesar suara masjid di Jalan Perjiranan, Pasir Gudang itu terlalu kuat dan menyebabkan beliau terjaga dari tidur.

Laporan itu menyebut lelaki tersebut juga mendakwa membuat laporan kepada Pejabat Agama Islam Johor dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Selain itu, lelaki itu juga dilaporkan bertemu dengan ahli jawatankuasa masjid berkenaan sebelum membuat aduan kepada polis.

One thought on “Lelaki Buat Laporan Polis, Dakwa Tidur Terganggu Kerana Azan

  • April 15, 2014 at 1:27 am
    Permalink

    Kita bersangka baik ajer la. Mungkin Datuk kepada Datuk Jin, Iblis dan Setan telah bersarang didalam telinga dia menyebabkan dia tak tahan mendengar azan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.