Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Datuk Osman Sapian menyifatkan kejadian pencemaran toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu hingga menyebabkan 506 mangsa dirawat dan 43 sekolah di kawasan sekitar ditutup bukanlah isu besar.

Osman berkata, isu yang menggemparkan negara itu sederhana sahaja kerana tidak menyebabkan kematian dan tidak ada yang kritikal.

“Kalau nak saya kategorikan, isu ini tidak besar tetapi sederhana sahaja. Walaupun sederhana, kita sedang ambil tindakan seterusnya antaranya pada malam ini juga kita gerakkan menambah kontraktor untuk kerja pembersihan di Sungai Kim Kim.

“Sehingga petang tadi, seorang mangsa yang dikatakan kritikal, saya sudah berbual dengan dia sebentar tadi. Kalau benda ini tidak boleh diubati, sampai hari ini pastinya dia masih lagi kritikal.

“Tular mengenai mangsa terhidu toksik hingga kencing berdarah adalah tidak benar, itu adalah ubat dan disahkan oleh doktor. Macam kita minum air oren, kencing kita menjadi kuning disebabkan air itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Osman juga menempelak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan negeri lambat bertindak dan menjelaskan isu itu dari awal berada dalam pengetahuan mereka serta sudah mengambil langkah berjaga-jaga sejak malam kejadian dilaporkan.

“Pembangkang sepatutnya tampil ke hadapan membantu bukannya mengkritik, menakut-menakutkan. Sepatutnya mereka tubuh sendiri jawatankuasa dia bertindak bersama-sama kerajaan, barulah dikatakan pemimpin setia kepada rakyat, kritik sahaja tidak mengubah apa-apa,” katanya. – UTUSAN

Lain-Lain Berita Menarik;-

Jumlah Mangsa Pencemaran Kimia Di Johor Kini Meningkat Kepada 3,555 Orang

Mangsa Pencemaran Toksik Di Johor Meningkat Kepada 2,775 Orang Setakat Ini

Pakar Alam Sekitar Gesa Kerajaan Isytihar Darurat, Pindah Segera Penduduk

Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

2 thoughts on “Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.