Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat keatas insiden pencemaran sisa kimia di sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang.

Beliau berkata, insiden terbabit belum sampai ke tahap kritikal sehingga kerajaan perlu mengisytiharkan darurat serta memindahkan penduduk di sekitar kawasan yang terjejas.

“Keadaan ini belum sampai ke tahap itu, sehingga kita perlu isytiharkan darurat, tetapi apa yang perlu ialah pihak yang bertugas bersiap sedia untuk menghadapi masalah,” katanya.

Berita Berkaitan;-

Mangsa Pencemaran Toksik Di Johor Meningkat Kepada 2,775 Orang Setakat Ini

Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan keatas mangsa-mangsa yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan tindakan pihak yang berkenaan dalam menangani isu pencemaran ini.

“Melalui taklimat yang diterima sebentar tadi, pelbagai pihak yang ditugaskan menangani isu ini telah menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.

“Walaupun kes sebegini tidak berlaku, kita lihat pihak hospital dapat menanganinya dengan cekap dan berhasil,” katanya. – Kosmo!

5 thoughts on “Insiden Pencemaran Kimia Belum Kritikal, Tak Perlu Isytihar Darurat – Dr Mahathir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.