Mangsa Pencemaran Toksik Di Johor Meningkat Kepada 2,775 Orang Setakat Ini

PASIR GUDANG – Sehingga pukul 12 tengah hari hari ini, jumlah mangsa yang terjejas akibat pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini terus meningkat menjadi seramai 2,775 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, jumlah itu melibatkan mangsa yang mendapatkan rawatan di dua pusat rawatan awal yang dibuka selain mendapatkan rawatan terus di hospital dan klinik berdekatan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 1,906 mangsa mendapatkan rawatan awal sama ada di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih dan Dewan Taman Mawar di sini.

“Daripada 1,906 mangsa itu, seramai 276 mangsa telah dirujuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagi memastikan jumlah mangsa berada pada tahap terkawal, pihak berkuasa telah mengambil langkah pemantauan udara secara berkala,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN

Berita Berkaitan;-

Insiden Pencemaran Toksik Di Johor Bukan Isu Besar – Osman Sapian

Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Kerja Pembersihan Bahan Kimia

Kerajaan Johor Lemah, Gagal Urus Isu Pencemaran Bahan Kimia

Usul Isytihar Darurat Pencemaran Bahan Kimia Di Pasir Gudang Ditolak – Timb. Menteri

3 thoughts on “Mangsa Pencemaran Toksik Di Johor Meningkat Kepada 2,775 Orang Setakat Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.