Amboi Nak Berahsia Pula…

“BIARLAH rahsia,” kata penyanyi Khai Bahar jika dia ada melawat penyanyi Wany Hasrita yang dimasukkan di sebuah hospital di ibu kota akibat dijangkiti virus Influenza B, baru- baru ini.

Khai berkata, dia tidak mahu mengiyakan atau menidakkan pertanyaan peminat kerana tidak mahu mengundang fitnah.

“Saya tidak mahu mengulas perkara ini. Biarlah menjadi rahsia antara kami kerana tidak mahu umum salah faham sekali gus menimbulkan fitnah.

“Lagipun saya dan Wany hanya berkawan dan tidak lebih dari itu. Kami tiada sebarang ikatan percintaan cuma kami kerap bersama apabila diundang ke majlis hiburan,” katanya.

Menurut Khai, dia sebenarnya tidak kisah jika digosipkan dengan mana-mana artis asalkan peminat menyukainya.

“Saya tak kisah digosipkan dengan sesiapa asalkan peminat suka dan gembira.

“Namun saya terkejut apabila ada pihak mewujudkan akaun Instagram khas buat kami berdua termasuk gosip saya dikatakan bersama penyanyi Ara,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.