Video : Teresa Kok, Bukan ‘Taste’ Saya, Kalau Nurul Izzah Bolehla – Jamal

KUALA LUMPUR – “Teresa Kok, kamu bukan ‘taste’ saya sudah beristeri, kalau Nurul Izzah mungkin boleh difikirkan,” kata Ketua Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membidas tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang seringkali menyebut namanya di parlimen.

Jamal berkata, disebabkan pendedahan yang dilakukan terhadap ahli parlimen itu mengenai penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), namanya menjadi sebutan dan begitu popular di dalam parlimen.

“Nama saya sering disebut oleh Teresa di dalam parlimen. Saya rasa saya punya perasaan, beliau (teresa) tertarik hati dengan saya. Sebab itulah nama saya sering beliau sebut. Daripada persidangan dewan sebelum ini.

“Tetapi saya mahu maklumkan, saya tidak mempunyai perasaan terhadap beliau. Saya nak maklumkan saya telah beristeri,”katanya di pejabatnya di Ampang di sini hari ini.

 

https://youtu.be/IDJl9Q4yKf4

 

Teresa semalam mengugut untuk menyaman Jamal kerana menuduh beliau menyeleweng wang YAWAS.
Menurut Teresa dalam sidang media di lobi parlimen, tuduhan Jamal itu fitnah terhadap beliau dan pimpinan Pakatan Harapan di Selangor.

Teresa juga semalam menunjukkan resit dan dokumen berkaitan dengan tuntutan yang dibuat oleh parlimennya kepada YAWAS.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.