Video: Gen 2 Lawan Arus, Sebabkan Kematian Pemandu Lain

BUTTERWORTH – Seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuh Raya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Dipercayai remaja berumur 19 tahun itu memandu Proton Gen-2 dalam keadaan mabuk.

“Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa.

“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula 2 kereta serta sebuah van kilang”.

“Siasatan lanjut mengenai kes ini masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Insiden itu turut dirakamkan oleh pemandu dari laluan bertentangan dan disiarkan dalam laman Facebook milik pengguna Sofi RGB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.