Salman Turun Semula Berat Badan

Sukar sekali untuk menandingi kehebatan bintang Bollywood.

Jika Rajkumar Rao Yadav sanggup berlapar, Salman Khan, 51, pula terpaksa menaik dan menurunkan berat badannya.

Menerusi lakonannya dalam filem Sultan, Salman yang berlakon sebagai petinju terpaksa menambah berat badannya.
Kini dalam filem terbarunya Saragarhi, dia perlu menurunkan berat badannya semula.

“Ia adalah proses yang menyakitkan. Berlakon dalam Sultan, berat saya ialah 96 kilogram (kg). Untuk filem Saragarhi pula, saya kena kurangkan sebanyak 18 hingga 20kg.

“Bagaimanapun, saya kena lakukan perubahan itu kerana dalam Saragarhi, saya kena menari. Bagaimana nak menari dengan tubuh yang bulat dan berat?,” katanya.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.