Media Bersalah Sensasikan Jenayah Seks, Kata Aktivis

PETALING JAYA: Media arus perdana bertanggungjawab mendidik masyarakat mengenai jenayah seksual, bukannnya mensensikan jenayah dengan tajuk dan isi berbaur seks, kata aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi.
“Hari ini semuanya porno atas kertas,” katanya, mempertikaikan tujuan gambaran eksplisit apa yang dilakukan oleh pelaku terhadap mangsa atau objek yang digunakan ke atas mereka ketika jenayah dilakukan.
“Menyiarkan gambar mangsa juga salah,” katanya, terutamanya kanak-kanak kerana kesan psikologi serangan itu terpahat dalam diri mereka hingga dewasa.
Syed Azmi berkata demikian di seminar mengenai jenayah seksual kanak-kanak di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Beliau berkata media mempunyai tanggungjawab untuk mendidik masyarakat bagaimanapun mendapatkan bantuan daripada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, daripada mensensasikan jenayah seksual.
“Contohnya, sediakan senarai penuh badan bukan kerajaan yang boleh membantu mangsa supaya orang ramai tahu dimana mereka boleh dapatkan bantuan.”
Beliau berkata sekiranya media memainkan peranan sebagai penyebar maklumat dengan memberikan maklumat penting kepada orang ramai, itu sahaja sudah banyak membantu mangsa.

Syed Azmi berkata sudah sampai masanya media memainkan peranan lebih aktif mendidik masyarakat bagaimana mencecah jenayah seksual.
“Sudah sampai masanya kita desah media tradisional untuk bukan sahaja melapor, tetapi mendidik. Contohnya, media menyiarkan bagaimana seorang bapa merogol anaknya, itu sahaja.
“Tetapi mereka tidak mendidik mengapa ia berlaku dan bagaimana mencegahnya. Kita juga perlu desak media membincangkan pantang larang masyarakat.”
Beliau berkata media tidak banyak mempromosikan kewujudan talian bantuan 24 jam iaitu Talian Nur 15999. Ini menyebabkan orang ramai tidak sedar kewujudan talian bantuan itu.
“Tidak semua orang tahu mengenai Talian Nur dan media patut mempromosikan talian itu.
“Tidak ada iklan memberitahu kita siapa yang perlu kita hubungi jika ada pertanyaan atau apabila dalam bahaya.
“15999 talian terus kepada pihak berkuasa dan mangsa boleh kekal tanpa nama semasa membuat laporan. Kita perlu didik masyarakat bagaimana menggunakannya.”
Talian Nur 15999 dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2007. Talian sulit ini untuk kanak-kanak dan anak muda yang mencari maklumat dan bantuan mengenai keganasan domestik, penderaan kanak-kanak dan pengabaian.
Syed Azmi berkata kerajaan juga perlu menyelaraskan peranan pelbagai agensi kerana kegagalan komunikasi masih lagi berlaku sekarang ini.
“Saya harap media akan menonjolkan kegagalan komunikasi antara pelbagai agensi kerajaan. Kita perlu akui kelemahan ini dan perbaikinya.
“Kita perlu mengoptimakan kegunaan setiap mekanisme yang ada. Jika tidak berfungsi, kita perlu cari jalan baikinya,” katanya.-FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.