Janin Bayi Tersangkut Jeriji Besi Loji Kumbahan

GEORGE TOWN – Janin bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui tersangkut di jeriji besi loji rawatan kumbahan syarikat Indah Water Konsortium, di Batu Maung, pada Selasa.

Janin itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat tersebut kira-kira jam 12.20 tengah hari ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di loji berkenaan, lapor Awani.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Anuar Omar berkata, pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima panggilan daripada pekerja loji itu yang memaklumkan berhubung penemuan janin tersebut.

Pada masa yang sama, beliau menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Mayat janin itu kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat bagi menentukan usianya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.