Video: Wanita Bertudung Selamatkan Anjing Kena Langgar

KUALA LUMPUR – Seorang wanita beragama Islam membuat keputusan mengangkat seekor anjing yang terbaring di tengah-tengah pembahagi jalan dipercayai akibat dilanggar kenderaan.

 

Menerusi visual yang menjadi viral, wanita yang memakai baju warna hitam itu mengangkat anjing berkenaan menggunakan kedua-dua belah tangannya tanpa beralas.

 

 

Netizen yang telah menonton video berkenaan rata-rata memuji tindakan wanita itu dan menganggap ia mempunyai hati yang mulia kerana bertindak mengangkat haiwan yang disifatkan najis meskipun dia beragama Islam.

 

Seorang pengguna Joe Joe memberikan komen “Walaupun seekor anjing makhluk Allah juga..mulia hati kak ni.. janji ikhlas.. anjing tu perlu pertolongan..

 

Dominix River menyatakan “Perlakuan yg baik@contoh bukan hanya melalui kata2 saja, namun melalui tindakan… #respect”

 

Adi Ra Den pula memberikan komen “Islam tu mudah tak menghalang ketika dalam darurat,” tulisnya.

One thought on “Video: Wanita Bertudung Selamatkan Anjing Kena Langgar

  • March 14, 2016 at 10:00 pm
    Permalink

    Mulianya hati makhluk Allah ini terhadap sesama makhluk Allah. Moga2 Allah swt memberkati kehidupan insan2 yg sebegini…!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.