Video: Lebih 20 Kenderaan Dilanggar Treler Di Stadium Hang Jebat

AYER KEROH – Penyokong-penyokong bola sepak yang menyaksikan perlawanan Liga Super Johor Darul Takzim menentang PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi gempar, apabila satu dentuman kuat kedengaran dari luar stadium.

 

Ia susulan tindakan seorang pemandu lori treler yang merempuh puluhan kenderaan yang diparkir di luar stadium.

 

 

Kejadian jam 10.15 malam itu mencetuskan kemarahan orang ramai.

 

Lebih 20 kenderaan pelbagai jenis rosak teruk akibat rempuhan itu.

 

Difahamkan kejadian berlaku berikutan laluan menjadi sempit susulan kenderaan diletak di kiri dan kanan jalan.

 

Gambar ketika kejadian turut menjadi perhatian di media sosial sejak malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.