‘Siapa Menentang Tun Mahathir Pengecut’, kata Mat Sabu

IPOH – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyifatkan mana-mana pihak yang menentang Tun Mahathir Mohamad sebagai pengecut.

 

Menurutnya, tiada sebarang kepentingan menentang Mahathir kerana negarawan itu bukan individu yang mengetuai tampuk pentadbiran negara pada ketika ini.

 

“Kalau kita terus hentam Mahathir, kita bukan hebat, kita bukan jantan bahkan kita lebih teruk daripada pondan.

 

“Dan konsep kita jelas, kita lawan mereka yang berkuasa, yang memiliki kuasa. Bukan lawan orang pencen,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Malam Solidariti Mat Sabu di Jalan Pemimpin, Gugusan Manjoi, di sini, kelmarin.

 

Mohamad berkata, meskipun Mahathir dikaitkan dengan beberapa isu salah laku ketika mengetuai pentadbiran negara namun bukan tanggungjawab pihaknya untuk mendakwa mantan Perdana Menteri itu.

 

“Kalau Mahathir jahat, Mahathir zalim, Mahathir mencuri, pemerintahlah yang kena dakwa Mahathir. Kita ada kuasa apa? Kita sendiri pun tiap-tiap tahun kena dakwa,” katanya.

 

Selain itu, beliau berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan Mahathir serta beberapa tokoh pimpinan BN dalam Deklarasi Rakyat bertujuan untuk menukar kepimpinan negara.

 

“Kita bersama mereka (Tun Mahathir dan penyokong) semuanya semata-mata untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN,” katanya.

 

Katanya, beliau optimis perkara itu dapat direalisasikan sekiranya semua pihak komited dan fokus terhadap perjuangan.

 

“Dalam perjuangan kita, kita mungkin tidak tahu dimana penamatnya tetapi yang penting kita terus berjuang untuk mencapai matlamat itu,” katanya. – Sinar

One thought on “‘Siapa Menentang Tun Mahathir Pengecut’, kata Mat Sabu

  • July 1, 2018 at 11:22 pm
    Permalink

    manusia yg tentang ni bodoh bacul bangang biul tak waras…. patutnya syukur sbb Tun M dan PH cari keadilan dan betulkan salahlaku umno dulu demi benteras rasuah …. pelik hairan yg najib kuncu2 rasuah korupsi korang sokong ker? stupid lah sangat2 yg tak siuman …. dalam rumah billion jumpa ,1mdb 2.6billion korang suka sangat2 ker dah nak muflis tahu? ayuh teruskan Tun M dan PH bersihkan pulihkan semula negara ini yg dulu ditadbir orang yg tamak haloba ,buta kayu ,bodoh, angkuh,lagak yg asyik2 tepis , nafi ,elak tak mahu mengaku salah laku…. tunggulah allah swt maha kaya maha adil kau tak bolih tipu punya….insyallah rakyat akan tahu dapat jawapan apa yg telah mereka2 ini lakukan rompakan penipuan ….kasihan rakyat yg pilih undi mereka tapi khianat pada Raja.Negara,Agama,Bangsa, Rakyat ….. patut didakwa dihukum seberat2nya tanpa belas kasihan…kami mahu kebenaran dan keadilan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.