Pesawat Terhempas Di Pasar Bolivia, 4 Maut

LA PAZ: Empat penumpang sebuah pesawat ringan terbunuh manakala tiga pekedai cedera selepas pesawat berkenaan terhempas di sebuah pasar di bandar dekat utara negara Bolivia, kata Polis.

 

Pesawat Cessna 206 itu terhempas berhampiran pintu masuk ke pasar di Santa Ana de Yacuma, sebuah bandar kira-kira 500 kilometer di utara La Paz.

 

Komander polis wilayah, Mauricio Miranda, memberitahu agensi berita negeri ABI, pesawat itu musnah dan semua empat penumpangnya terkorban manakala tiga wanita yang sedang menjual barangan di pasar berkenaan mengalami kecederaan.

 

Miranda berkata, punca kemalangan masih disiasat. Pesawat itu dikatakan terbang dari Santana de Yacuma ke Trinidad, ibu kota wilayah Beni. – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.