Video: Marah Kereta Kena Tunda, Pemandu Bergaduh Dengan Penguatkuasa

Kuala Lumpur – Marah dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang menarik keretanya, seorang lelaki berbangsa Cina dilaporkan cuba menyerang dan bertindak ganas terhadap anggota penguatkuasa dalam satu kejadian baru-baru ini.

 

Melalui rakaman yang disebarkan di laman sosial Facebook itu, lelaki yang berusia sekitar 40-an itu turut dilihat melemparkan kata-kata kesat bagi mengelakkan kenderaannya ditunda.

 

 

“Kurang ajar… buka, buka” kata lelaki tersebut dengan nada yang kasar sambil bergelut dengan anggota pengguatkuasa yang sedang menjalankan tugas.

 

Di dalam rakaman yang berdurasi 1 minit 13 saat itu, lelaki yang enggan memberikan kerjasama itu turut dilihat merampas kunci lori tunda MPPP.

 

Menurut sumber tindakan tidak bertanggungjawab lelaki itu turut menyebabkan laluan tersebut menjadi sesak sehingga menggangu kenderaan lain.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.