Video: Kanak-kanak Dan Ibu Saudara Maut Digilis Treler

Kuala Lumpur – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang dalam perjalanan ke hospital bersama ibu saudaranya yang berusia 18 tahun untuk menghantar makanan dan barang keperluan kepada ibunya, maut setelah kedua-dua mereka digilis sebuah treler.

 

Kejadian berlaku di Meru, Kelang, berhampiran sebuah stesen minyak, jam 4.30 petang tadi.

 

http://www.dailymotion.com/video/x2ji8km

 

Difahamkan, mangsa, Mohd Raziq Razwan, 9, membonceng motosikal yang ditunggang ibu saudaranya, Noraihan Rosmin, 18, untuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi menghantar makanan serta barang keperluan kepada ibu Mohd Raziq yang menjaga bapanya yang dirawat di hospital berkenaan.

 

Tiba di lokasi kejadian, motosikal mereka bergesel dengan sebuah treler dari arah sama menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum digilis treler berkenaan.

 

Kedua-dua mangsa parah di kepala serta badan dan maut di tempat kejadian.

 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang memaklumkan kejadian berkenaan jam 4.43 petang.

 

“Sejurus tiba di lokasi kejadian kedua-dua mangsa bersama motosikal yang ditunggangnya tersepit di bawah tayar treler dan pasukan perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

 

Pemandu treler pula melarikan diri.

 

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan, lapor portal Berita Harian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.