Video: DBKL Saman Pemilik Motorsikal Di Perumahan Awam

Kuala Lumpur – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan tindakan kompaun yang dikenakan terhadap pemilik motosikal dalam satu operasi yang diadakan malam tadi bertujuan untuk menganiaya masyarakat.

 

Sebaliknya tindakan tersebut diambil bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya penghuni dan penyewa untuk lebih bertanggungjawab.

 

 

Menurut Pengarah Jabatan Pegurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Haji Wan Mohd Ghazali Nor ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, pihaknya menerima banyak aduan dari penghuni perumahan awam mengenai sikap tidak bertangungjawab sesetengah penyewa.

 

“Kita mendapat aduan ada dikalangan mereka yang membawa naik motosikal hingga ke unit di tingkat atas, tindakan itu bukan sahaja menggangu penghuni lain malah turut menyebabkan kemudahan yang disediakan mengalami kerosakkan.

 

“Sedangkan DBKL telah menyediakan petak khas untuk pemilik motosikal meletakkan kenderaan, mereka bukan sahaja tidak mengunakan petak tersebut malah pelbagai alasan diberikan” ujarnya kepada SuaraTV.

 

Menurut Mohd Ghazali lagi kesan daripada tindakan itu DBKL terpaksa membelanjakan hampir RM6 juta untuk menyelia dan membaiki lif-lif yang rosak akibat perbuatan tersebut.

 

“Melalui peruntukan RM14 juta yang diterima, DBKL terpaksa membelanjakan RM6 juta untuk membaiki, menyelia dan menyelenggara kemudahan lif yang rosak disebabkan vandalisme, ia merupakan satu perkara yang serius sekiranya langkah pencegahan tidak diambil.

 

“Kompaun yang dikenakan bukan bertujuan untuk menganiaya mereka tapi untuk mendidik agar bersama-sam memainkan peranan menjaga semua kemudahan yang disediakan, ini kerana tindakan mereka yang meletakkan kenderaan di laluan pejalan kaki dan koridor itu bukan sahaja menganggu penghuni lain namun turut menyukarkan keadaan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya lagi.

 

Beberapa pengendali laman sesawang Facebook hari ini memuatnaik rakaman perbalahan antara pemilik kenderaan dengan penguatkuasa DBKL.Tindakan menyebarkan rakaman tersebut tanpa sebarang penjelasan itu kemudiannya menyebabkan timbul salah faham di kalangan pengguna hingga ada yang menyifatkan tindakan DBKL itu bertujuan untuk menganiaya dan menindas golongan yang tidak berkemampuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.