Penduduk Pukul Suspek Kes Rogol, Bunuh Hingga Mati

PENDUDUK di Nagaland, India sekali lagi bertindak memukul sehingga mati seorang lelaki yang didakwa merogol dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.

 

Sebelum ini penduduk dan pelajar kawasan sama merempuh masuk sebuah penjara sebelum mengheret keluar suspek kes rogol gadis berusia 18 tahun dan memukulnya sehingga mati.

 

Terbaharu, penduduk di situ dilapor menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dan menggantungnya di khalayak ramai untuk dipukul.

 

Hukuman itu dilakukan di hadapan lebih 1,000 penduduk pada siang hari.

 

Kejadian yang turut disaksikan oleh kanak-kanak itu juga dirakam oleh sebahagian besar penduduk untuk disebarkan.

 

Polis tempatan memberitahu, kes melibatkan suspek berkenaan masih dalam siasatan.

 

Bagaimanapun, penduduk telah mengambil tindakan sendiri dengan menahan dan memukul lelaki itu sehingga mati.

 

“Kami tidak dapat menahan kemarahan penduduk berikutan polimik kes rogol yang sedang menghantui penduduk India ketika ini,” jelasnya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.