WHO Jangka Dapat Hasilkan Vaksin Koronavirus Dalam Tempoh 18 Bulan

GENEVA – Vaksin bagi wabak novel koronavirus yang kini diumumkan nama rasmi sebagai COVID-19 dijangka siap dalam tempoh 18 bulan lagi, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkara itu dimaklumkan ketika angka kematian di China kini mencecah lebih daripada 1,000 orang, di mana lebih 100 mangsa direkod meninggal dunia dalam sehari – jumlah tertinggi sejak wabak itu menular di pusat bandar Wuhan, tahun lalu.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, vaksin pertama khusus bagi wabakkoronavirus itu dijangka dihasilkan dalam tempoh 18 bulan.

Beliau ketika mengumumkan nama baharu bagi wabak itu menjelaskan, bahawa penting untuk mengelakkan stigma atau nama lain yang mungkin tidak tepat.

“Jika kita melabur sekarang, kita mempunyai peluang realistik untuk menghentikan wabak ini,” kata Tedros.

Pasukan saintis dari United Kingdom (UK) percaya bahawa pihaknya adalah antara yang pertama memulakan ujian pada haiwan bagi vaksin baharu wabak itu.

Penyelidik di Imperial College London berkata, matlamat utama mereka adalah untuk mendapatkan cara yang berkesan dan selamat bagi menghentikan penyebaran wabak itu akhir tahun ini.

“Setakat ini, kita baru meletakkan vaksin yang dihasilkan dari bakteria kepada tikus. Kita harap dalam beberapa minggu lagi, kita dapat menentukkan tindak balas pada uji kaji berkenaan, termasuk pada darah dan antibodi tikus terbabit terhadap koronavirus,” kata Paul McKay.

Setakat ini, jumlah kematian di China mencecah 1,486 orang dan 3 lagi kematian di luar China, manakala sejumlah 64,658 kes dilaporkan positif jangkitan virus berkenaan.

Majoriti kematian dan jangkitan adalah di Wuhan, wilayah Hubei dan sekitarnya.

Tiga kematian yang direkodkan di luar China masing-masing satu kes di Hong Kong, Jepun dan Filipina.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close