Persaingan Sengit Punca Harga barangan Berbeza

KUALA LUMPUR – Persaingan sengit di antara penjual didakwa merupakan antara faktor mengapa perbezaan harga barangan di kedai.

Menurut Jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan ( KPDNKK)  , perubahan harga ini merupakan strategi perniagaan syarikat tersebut.

“Memang harga kita tak mampu kawal sebagai harga yang terendah sepanjang masa. Sbb pesaing akan sentiasa berlawan harga dari semasa ke semasa.

“Ia adalah strategi perniagaan masing-masing. Musim juga menentukan harga,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau lagi, sekiranya tiba musim perayaan, harga bagi produk-produk tertentu adalah lebih murah kerana beberapa faktor.

“Sebagai contoh, untuk musim-musim perayaan, secara umumnya produk-produk popular tertentu adalah lebih murah kerana yang pertama volume jualan meningkat dan pengeluar produk mengejar volume.

“Kedua, Strategi peniaga yang menjadikan produk tertentu sebagai loss leader bagi musim tersebut, ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab mengenai harga barangan dibangkitkan oleh Ustaz Abu Shafiq dalam satu muat naik status di laman Facebook miliknya.

Dalam pada itu, beliau turut berkata bahawa strategi subsidi turut dilakukan ke atas barangan tertentu bagi memastikan harangan barangan mereka boleh bersaing dengan syarikat lain.

“Strategi subsidi ke atas harga barangan juga dilakukan oleh peniaga/hypermarket bagi produk tertentu sebagai loss leader di outlet mereka. Contohnya, Mydin baru-baru ini menyatakan mereka sanggup lawan harga produk tertentu di KR1M 2.0 untuk  elakkan pelanggan lari walaupun mereka terpaksa subsidi tapi mungkin 4 atau 5 produk sahaja.

“Giant juga setiap hari dilaporkan subsidi produk tertentu iaitu ayam untuk pastikan pasaraya mereka sentiasa kompetitif harga ayamnya (mereka juga tak berani jamin bahawa harga ayam mereka ialah paling murah), ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.