PR1MA Perkenal Skim Pinjaman Khas

PETALING JAYA – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ter­utamanya golongan muda kini berpeluang memperoleh jumlah pinjaman yang lebih tinggi untuk membeli rumah Perumahan Rak­yat 1Malaysia (PR1MA) menerusi Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) yang diperkenalkan, semalam kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (Perbadanan PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias.

 

Beliau berkata, pembeli boleh mendapat manfaat tersebut dengan memilih skim pembiayaan berperingkat SPEF berserta pengeluaran wang daripada Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, petik kosmo.

 

Katanya, skim pembiayaan SPEF hanya memerlukan pembeli membayar faedah dalam tempoh lima tahun pertama dilaksanakan PR1MA dengan kerjasama Bank Negara, Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

 

Katanya, pembayaran bagi jumlah “principal” hanya dibuat daripada tahun keenam sehingga pembayaran pinjaman selesai.

 

“Skim yang diperkenalkan ini membolehkan pembeli mendapat akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi dengan memanfaatkan wang dalam simpanan Akaun 2 KWSP,” katanya pada sesi taklimat media me­ngenai skim tersebut di sini semalam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.