Lagi Bot Karam Di Pulau Mengalum, 14 Mangsa Diselamatkan

KOTA KINABALU- Satu lagi bot katamaran dilaporkan karam di perairan Pulau Mengalum membabitkan 14 mangsa petang semalam.

 

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa yang merupakan pemancing tempatan dan kru bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh pihaknya yang segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

 

“Kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 petang dan kami menerima laporan tidak lama selepas itu lalu mengerah pasukan penyelamat ke lokasi.

 

“Nasib baik laporan diterima awal kalau lambat saya tidak tahu apa akan berlaku kerana cuaca ketika itu amat buruk.

 

“Alhamdulillah mereka semua berjaya diselamatkan, bot tersebut pula telah separuh karam,” katanya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.