Video: Jamal Bawak ‘Keranda’ Untuk Azmin

SHAH ALAM – Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos sebentar tadi tampil selagi melakukan provokasi di hadapan bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dengan membawa beberapa buah keranda untuk ‘dihadiahkan’ kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

 

Tindakan in dilakukan ekoran daripada tindakan Jamal mempersoalkan ke manakah perginya dana sebanyak RM200 juta yang diberikan kepada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang kini dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat.

 

“Saya sebagai rakayat Selangor ingin bertanya kepada Menteri Besar Selangor, dari manakah sumber itu diperolehi? Berapakah jumlah peruntukkan yang disalurkan kepada YAWAS semenjak program itu ilancarkan daripada tahun 2008-2016?

 

“Apakah kaedah yang digunakan bagi menyalurkan peruntukkan ini kepada penerima (Skim Mesra Usia Emas) SMUE?

 

“Saya juga ingin bertanya betul atau tida bahawa peruntukkan sebanyak RM5 juta telah hilang dan gagal dikesan oleh pihak YAWAS?” katanya ketika itemui di hadapan SUK tadi.

 

Dalam pada itu, beliau juga turut menyatakan keraguan dalam penggunaan / penyaluran wang peruntukkan Skim Mesra Usia Emas yang dilihat telah di salah guna oleh beberapa orang wakil rakyat.

 

 

Justeru, beliau memberi tempoh selama 5 hari kepada Azmin untuk tampil memberikan penjelasan dan jika tidak beliau akan menyerahkan dokumen-dokumen yang idakwa mempunyai bukti isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

 

Ketika beliau berucap di hadapan SUK tadi, beberapa orang individu didakwa penyokong kepada Azmin Ali tampil membuat provokasi kepada Jamal dan ini menimbulkan kekecohan dihadapan SUK.

 

“Ini yang dihantar oleh Azmin, anjing-anjing dia.

 

“Kalau dia nak halau kita panggilah ramai lagi, jangan panggil tiga empat ekor nyamuk sahaja.” katanya. -SuaraTV

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.