Jamal Bawa 16 Van Jenazah Ke SUK Selangor Simbolik Bantah Penyelewengan Dana

SHAH ALAM – Gabungan NGO Malaysia hari ini membawa 16 kereta jenazah ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sebagai tanda membantah skandal penyelewengan dana peruntukan Skim Mesra Usia Emas dan Wang Khairat Kematian Negeri Selangor.

 

Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos itu tiba pintu masuk utama SUK kira-kira pukul 11 pagi ini sebelum mengusung keranda dan cuba memasuki perkarangan bangunan itu tetapi dihalang oleh pihak keselamatan.

 

Bagaimanapun, ketika Jamal membuat ucapan di depan pintu utama SUK, sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong kerajaan PKR Selangor cuba membuat provikasi terhadap ucapan Jamal sehingga menimbulkan kekecohan.

 

Namun keadaan berjaya dikawal selepas anggota polis meleraikan perhimpunan itu dan mengarahkan Jamal supaya pulang. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.