Abang Tiri Presiden Korea Utara Mati Dibunuh Di KLIA

KUALA LUMPUR: Kim Jong nam, abang tiri kepada Presiden Korea Utara, Kim Jong Un, mati dipercayai selepas kepalanya diserkup dengan kain mengandungi cecair berisi racun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

 

Dalam kejadian sekitar jam 8 pagi itu, Jong nam dilaporkan sedang berada di satu sudut di balai berlepas KLIA, untuk menaiki penebangan ke Macau selepas tiba ke Malaysia sejak 6 Februari lalu.

 

Sementara itu Reuters melaporkan jurucakap polis Malaysia mengesahkan seorang lelaki telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari KLIA, namun identiti lelaki terbabit masih belum dapat disahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.