34 Individu Ditahan Di Malaysia, Singapura Terlibat Penipuan Internet RM21.6 Juta

KUALA LUMPUR – Polis Malaysia dan Singapura menahan 34 orang disyaki terlibat dalam ‘African Scam’ dengan nilai kerugian RM21.6 juta di Singapura dan lima lagi negeri di negara ini.

 

Kesemua mereka ditahan di sekitar Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Singapura sejak Isnin sehingga Jumaat lepas dalam operasi dengan kerjasama polis Singapura.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata 34 orang yang ditahan itu merupakan 13 lelaki warga Afrika, 13 wanita tempatan, tujuh wanita warga Singapura serta seorang wanita Indonesia berumur lingkungan 22 tahun hingga 67 tahun.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.