‘Warga Singapura Kecam Rakyat Malaysia Kufur Nikmat’

KUALA LUMPUR – Seorang warga Singapura mengecam tindakan rakyat Malaysia sebagai warga yang mengkufuri nikmat.

 

Menerusi status yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Abdul Rahman Abdul Kadir, warga Singapura itu menyifatkan kemudahan yang dimiliki rakyat Malaysia tidak sama seperti realiti yang dilalui warga Singapura di negara mereka.

 

Abdul Rahman yang memulakan statusnya dengan menulis hashtag ‪#‎WARGA_SINGAPURA_MENYERU_KITA_BERSYUKUR‬ itu berkata, dia menerima status itu daripada seorang kenalannya dari Singapura.

 

“Saya menerima mesej inbox dari sahabat saya seorang warga Singapura. Beliau nyata amat hairan dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat, kerana di Singapura untuk hadir ke Jabatan Kecemasan hospital kerajaan saja bayarannya adalah sebanyak $115 Sing Dollar.

 

“Jika ditukar kepada nilai matawang hari ini, ia adalah sebanyak RM 345.  $115 dollar ini akan hanya cover untuk Consultation, blood test biasa, X-ray biasa (bukan CT Scan) dan ubat- ubatan biasa seperti ubat batuk, Panadol dan sebagai sahaja. Jika perlu CT scan atau ubat2an mahal, perlu dibuat pembayaran tambahan yg berasingan,”katanya.

 

Menurutnya, rakyat boleh memilih untuk pergi ke poliklinik kerajaan Singapura yang hanya beroperasi pada waktu pejabat. Bayaran hanya untuk consultation doktor saja adalah sebanyak $11.80 hingga $23.50 dollar. Tak termasuk lagi bayaran utk x-ray, ujian darah, ubat-ubatan dan sebagainya.

 

“Di negara kita, rakyat hanya bayar RM 1, tetapi dapat berjumpa doktor termasuk doktor pakar seperti saya, menjalani ujian darah, dibuat X-ray segala bagai hingga CT scan jika perlu dan dibekalkan ubat-ubatan yang mahal-mahal hingga ada yang bernilai RM 5.6K seperti Metalyse sewaktu serangan jantung!

 

“Sahabat saya warga Singapura berasa sungguh aneh dengan sikap rakyat Malaysia yang kufur nikmat. Sudahlah murah, namun mereka mahu percuma. Segala-galanya disalahkan kerajaan. Sembelit waktu pagi pun maki PM dan kerajaan agaknya,”akhirnya.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.