Viral : Lelaki Toreh Diri, Cinta Ditolak

KUALA LUMPUR – 10 keping gambar lelaki yang nekad mengelar seluruh tubuh badannya menjadi viral di media sosial, Facebook.

 

Gambar yang dikongsikan pemilik akaun, Kim Azizd bersama status yang mempersoalkan tindakan lelaki yang didakwa cintanya ditolak itu, mendapat 6,037 like, 11,558 perkongsian dan 59 komen.

 

Netizen yang mengecam tindakan tersebut turut menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan yang tidak masuk akal dan hanya mengikutkan perasaan semata-mata.

 

Turut memberikan komen, Kim Azizd menulis, “Saya post untuk pengajaran buat semua orang. Jangan sesekali jadi bodoh macam ni. Mungkin ada yang terfikir mahu buat benda macam ni. Tapi bila nampak gambar dan komen orang buat dia sedar,”tulisnya.

 

Seorang pelayar, Nizam Adam Timumun turut memberikan komen, “Yang risau tu, yang tak punya otak. Saya hanya berdoa supaya orang bodoh cam ni cepat mampus,”tulisnya.

 

Tidak kurang juga ada yang menasihatkan supaya sesiapa sahaja mengambil iktibar daripada kejadian tersebut agar tindakan kurang bijak ini tidak akan berulang. -SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.