NGO Gerakan Merah Pecat Syed Rosli Kerana Kritik Pemimpin

Kuala Lumpur – NGO Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) hari ini bertindak memecat Ketua Penerangannya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail daripada jawatan dan keahlian pertubuhan itu atas pelanggaran disiplin.

 

Presidennya, Mohd Ali Baharom ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, tindakan itu diambil disebabkan kritikan terbuka yang sering dilemparkan oleh Syed Rosli terhadap kepimpinan negara.

 

“Saya sebelum in sering menegur dan menasihatinya (Syed Rosli) agar menghentikan perbuatan menghina pemimpin secara terbuka kerana ia bertentangan dengan prinsip dan perlembangaan kami selaku pertubuhan yang menyokong kerajaan.

 

“Namun beliau masih berdegil dan meneruskan tindakan tersebut, malah baru-baru ini saya lihat dia menyerang (mengkritik) beberapa orang menteri dan timbalan menteri” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Mohd Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, seluruh ahli gabungan Gerakan Merah telah dimaklumkan mengenai pemecatan yang berkuatkuasa serta merta itu.

 

“Semua ahli majlis tertinggi dan NGO yang bergabung dibawah Gerakan Merah telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

 

“Malah saya juga meminta agar semua ahli pertubuhan dan NGO yang bernaung di bawah Gerakan Merah untuk menjaga nama baik para peminpin politik dan pemimpin negara khususnya Umno dan Barisan Nasional sama ada diluar atau secara terbuka” katanya lagi.

 

Syed Rosli sebelum ini sering dilihat mengkritik kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pernah membuat surat terbuka untuk menggesanya agar berundur dan melepaskan jawatan.

 

Namun tidak lama selepas itu, beliau kembali menyatakan pendirian menyokong kepimpinan Najib sambil menyifatkan semua dakwaan yang dilemparkan sebelum ini adalah merupakan persepsi semata-mata.

 

“Selepas diteliti, dikaji dan mendengar penjelasan berfakta yang diberi termasuk daripada pihak 1MDB dan pihak berkuasa termasuk Perdana Menteri sendiri, maka saya mula menyedari bahawa isu yang dikaitkan terhadap Datuk Seri Najib itu adalah tuduhan dan persepsi semata-mata.

 

“Ini kerana saya terfikir segala tuduhan yang dilontarkan oleh pelbagai pihak termasuk bekas pemimpin kita dibuat tanpa bukti, mereka hanya memberikan persepsi tanpa menunjukkan sebarang bukti kukuh.

 

“Bagaimanapun, detik saya mula menyedari bahawa saya sudah jauh tersasar apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mula bertindak menyerang Perdana Menteri secara peribadi,” katanya kepada pihak media sebelum ini. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.