Najib Ikrar Berusaha Bina Malaysia Lebih Cemerlang

LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar sebagai perdana menteri, beliau akan terus berusaha membina Malaysia lebih cemerlang.

 

Pentadbirannya, kata Najib, sedang mengambil pelbagai langkah bagi meringankan beban rakyat ke arah satu cara yang cukup bermakna dalam mengukuhkan masa hadapan mereka.

 

Malaysia sedang berusaha ke arah ekonomi yang lebih berdaya tahan demi faedah rakyatnya, kata beliau pada perjumpaan dengan kira-kira 300 dispora Malaysia termasuk golongan pelajar di kediaman rasmi Konsul-Besar Malaysia Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin (ulang: Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin) di sini pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

 

“Kita mahu rakyat dari Perlis hingga ke Sabah merasakan Malaysia sebagai tempat yang hebat untuk didiami,” kata Najib yang melakukan lawatan kerja seminggu ke negara ini.

 

Beliau menjelaskan kepada rakyat Malaysia yang tinggal di bahagian Amerika Syarikat di sini bahawa kadang kala kerajaan terpaksa mengambil tindakan tegas demi faedah negara dan masa hadapannya. –Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.