Merajuk, Terjun Tingkat Satu

KUALA LUMPUR – Seorang wanita dipercayai cuba terjun dari tingkat satu rumahnya di Bandar Echo Setia, kerana merajuk dengan teman lelakinya.

 

Wanita itu berjaya diselamatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik tiba di lokasi selepas menerima panggilan pada jam 12.51 tengah malam tadi.

 

Menurut Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata berkata, mangsa berusia awal 30-an berjaya dipujuk oleh pasukan bomba dan teman lelakinya.

 

Menurutnya, difahamkan mangsa bertindak sedemikian kerana mogok lapar selepas berlaku pertengkaran dengan teman lelakinya.

 

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.