Lelaki ugut bom rumah PM berjaya diberkas

IPOH – Seorang lelaki dipercayai mengancam untuk menggegarkan ibu negara dan meletupkan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui laman sosial Facebook berjaya diberkas polis, semalam.

 

Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ahmat berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Unit Siasatan Terkelas (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kira-kira jam 4.30 petang di Taman Damai, Parit Buntar.

 

“Telefon bimbit, komputer riba dan modem tanpa wayar yang dipercayai digunakan suspek semasa melakukan ancaman berkenaan dirampas,” katanya.

 

Menurutnya, suspek direman lima hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130 Kanun Keseksaan.

 

Pada 4 Februari lalu, suspek melalui akaun Facebook memuat naik status berbunyi; “Saya akan gegarkan Kuala Lumpur dan kediaman YAB Perdana Menteri Malaysia dengan letupan bom pada hari Sabtu minggu ini kerana najib menyusahkan rakyat”. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.