Kucing Maut Selamatkan Tuan

KUALA LUMPUR – Seekor kucing maut selepas makan sesuatu yang menyerupai tangkal, dibalut dengan kain kuning.

 

Status yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ibu Yati itu menjadi viral apabila netizen juga turut memberikan pandangan mereka mengenai insiden tersebut.

 

Menerusi tulisan Ibu Yati, insiden yang menghayat hati itu berlaku selepas kucing peliharaan itu dikatakan sanggup menggadai nyawa untuk penjaganya.

 

“Semalam kami berbincang mengenai kucing, kucing sanggup gadai nyawa utk tuan dia, kucing yang bukan binatang, kenapa nabi tak nak kejutkan kucing yang tidue atas serbannya dan sanggup gunting serbannya, kucing mencari tuannya, ada tugas kucing.

 

“Kucing kita buang walau beratus batu jauhnya tetap dia akan balik juga dan sebagainya. Apa yang berlaku ni, salah satu yang telah dibincangkan semalam,”tulisnya.

 

Seorang daripada netizen memberikan pandangannya, “Mungkin dia cuba selamatkan tuan dia.
Kadang-kadang haiwan dapat rasa sesuatu…Dan akhirnya dia yang terkorban demi tuan dia….Ingat jangan sesekali menganiaya makluk dimuka bumi ni..Pasti ada balasannya nanti…,”tulisnya.

 

Rata-rata memberikan pandangan bahawa insiden tersebut memberikan rasa keinsafan. Tidak kurang juga yang bersetuju dan menyarankan supaya kucing diberikan layanan yang baik. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.