Video: Ambulan Kemalangan, Seorang Wanita Maut

Ipoh – Seorang wanita maut sementara 7 yang lain cedera dalam satu kemalangan, membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia ATM dengan sebuah kereta jenis Honda Accord di Lebuhraya Ipoh-Lumut, malam tadi.

 

Rawaidah Mat Saad yang maut dikatakan menemani ibunya ke Hospital Ipoh, apabila ambulans yang dinaiki berlanggar dengan kenderaan itu pada jam 7 malam berhampiran persimpangan Bukit Kledang.

 

 

Menurut Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik, Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, ambulans yang dipandu Mohammad Shahrizal Mansor membawa 5 penumpang termasuk mangsa yang maut, Rawaidah.

 

Ambulans dalam perjalanan dari Lumut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun HRPB, Ipoh.

 

Sebaik tiba di tempat kejadian, ambulans terbabit berlanggar dengan sebuah kereta Honda Accord yang dipandu oleh Kok Hui Ru yang cedera parah.

 

Perlanggaran itu mengakibatkan Rawaidah tercampak keluar dari ambulans dan maut di tempat kejadian.

 

Pemandu dan penumpang lain dalam ambulans itu dilaporkan cedera dan dirawat di HRPB.
Manakala mayat mangsa pula dibawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.