Tiada Majlis Tahlil Untuk Nik Aziz

Kuala Lumpur – Mohon tidak sebarkan jemputan palsu majlis tahlil untuk Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 

 

Demikian kenyataan terbaru ahli keluarga Allahyarham yang dibuat melalui laman Facebook rasmi pemimpin ulung itu, hari ini.

 

Menurut kenyataan ringkas itu, tiada sebarang majlis tahlil dibuat untuk Nik Aziz seperti yang tersebar di aplikasi WhatsApp.

 

 

“Tiada sebarang majlis tahlil untuk Al-Marhum Ayahanda Tuan Guru.

 

 

“Mohon tidak sebarkan jemputan majlis tahlil yang menjadi viral di Whatsapp. Pesanan daripada Keluarga Al-Marhum Tuan Guru,” menurut kenyatan tersebut.

 

 

Sementara itu Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.

 

Katanya, orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.

 

“Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

 

“Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

 

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.