Nealofa Tidak Rancang Kahwin Tahun Ini

Petaling Jaya – Pelakon dan pengacara Nealofa, 26, tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga sepanjang 2015.

 

 

Memetik kenyataan di mStar online, Nealofa berkata, setakat ini dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.

 

 

“Tahun 2015 ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya dan perniagaan sahaja dan tiada sebarang perancangan untuk berkahwin.

 

 

“Saya tidak mempunyai hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki pun buat masa ini,” ujarnya.

 

 

Tambahnya, soal berkaitan jodoh diserahkan kepada Allah dan dia tidak terlalu terdesak untuk mendirikan rumah tangga pada usia muda ini.

 

 

Saya seorang yang percaya pada ketentuan jodoh yang Allah telah pun tetapkan pada setiap hambanya.

 

 

“Kalau ada jodoh adalah dan kalau tiada buat masa ini pun saya akan tetap teruskan hidup kerana saya bukan terdesak untuk berkahwin awal,” ujarnya. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.